Saturday, September 8, 2012

Karipap dan Goreng Pisang Kandang


Karipap Panas panas...!!

Kalau dah lama tak makan karipap asli Melayu, apa kata kita try karipap panas kak Amisah... hehehee gerenti lima keping tak cukup... Betul..!! Nak cari kak Amisah senang jer. Ikut jalan lama Melaka-Muar, cari jer Pondok Polis Kandang. Gerai kak Amisah cuma 100m jer, hala ke Merlimau.

Betul ke popular? Kalau sehari "terpaksa" goreng 1,500 keping, tak popular ke tu? Ish ish ish...

Karipap nya ada 2 jenis, sardin dan kentang. Tapi kalau datang selepas pukul 5 petang, nasib lah, apa yang ada terpaksa beli jer.. Kalau nak makan kat situ pun boleh jugak. Ada di sediakan kerusi/meja untuk lebih kurang 20 pelanggan. Boleh minum teh/kopi atau cendol, sirap pun ada..

Satu lagi yang popular di warong kak Amisah ialah goreng pisang. Ada pisang nipah dan tandok panas-panas... 
Pisang Nipah, memang terbaeeekk...

Pisang nya cukup masak ranum nya, tepong nya rangup dan halus. Di cicah pulak dengan kicap cili yang pekat,.. mmm pasti menawan selira anda. Dalam sehari, kak Amisah dan pembantu nya "terpaksa" menggoreng antara 16 ke 20 tandan. Aduh bayangkan banyak pisang yang nak di goreng. Saya dok bayangkan keras nya kaki akak tu nak berdiri dari pukul 11pagi sampai 6 petang..

Kalau anda berminat nak makan kerak tepong, ada 2-3 besen besar kat tepi dapor tu. Mintak jer ngan kak Amisah tu... Akak tu baik, dia mesti bagi...!!

Kita doakan kak Amisah akan terus berjaya dengan perniagaan nya. Mari lah kita menyokong beliau dengan membeli karipap panas dan goreng pisang nya untuk makan-makan waktu petang bersama keluarga tersayang...

No comments:

Post a Comment