Saturday, September 8, 2012

Zoo Melaka


Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.

'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, MelakaMalaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.


Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.


Bangunan Stadthuys di waktu malam...

Perkhidmatan beca juga ade disediakan di waktu malam...

Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

@gotomelaka.blogspot.com

Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran SejarahAyer KerohMelaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi. 

Zoo ini dinobatkan sebagai Zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979. 

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi Zoo Kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. 

Activities and Fees

Visiting Hours 
9.00 am - 6.00 pm daily 
Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above )
RM7.00
RM 5.00
Children ( 5 years old – 12 years old )
RM4.00
RM 2.00
Student with uniform
RM 2.00
RM 2.00
Video Camera
RM 10.00
RM 10.00



Night Zoo
8.00 pm - 11.00 pm
-
 Friday
- Saturday
- Eve of 
Public Holiday
-
 School
 Holidays

Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above)
RM10.00
RM 8.00
Children (5 years old – 12 years old)
RM5.00
RM 4.00

Safari malam 

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.
Marmoset...

Diantara perkhidmatan yang disediakan..


 
Burung Cenderawasih.. ?

Memerang...




Kita minum dulu....





@gotomelaka.blogspot.com

No comments:

Post a Comment